PUSAT AKSES SJK(T) PEKAN TEBONG

MATLAMAT PUSAT AKSES

Membudayakan penggunaan ICT di sekolah. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid. Meningkatkan masa penggunaan ( contact hours) komputer oleh murid
OBJEKTIF PUSAT AKSES SEKOLAH
Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.
PERATURAN PUSAT AKSES (SEBELUM)
  1.  Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari seblum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.
  2. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.
  3. Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru Penyelaras Pusat Akses Sekolah.
  4. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses. 
PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)
  1. Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komuter ditetapkan 1 jam satu sesi.
  2. Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.
  3. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka tudung komputer.
  4. Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.
  5. Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.
  6. Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas terlebih dahulu.
  7. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.
PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)
  1. Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.
  2. Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
  3. Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.